click here please

how many people come here

Thursday, November 28, 2013

how to become skinny and healthy

hello guys. since you're here to find tips on how to be skinny but healthy in the same time, let me share my experience and what did i do to achieve my goals which is wanted to be skinnier or in other words, thinner.

1) Reduce the amount of your meal
-Remember to reduce the amount of your food on every meal and not to skip them. Skipping your meal will cause you to regret later because your brain will receive an information that your tummy is hungry as fuck. Therefore, you tend to eat more than usual.

2) Consume metabolism-booster food
-Such as ginger. This can be achieve by using ginger in your cooking or consuming Ginger tea.
-Green tea is a kind of metabolism-booster drinks too. It helps to spike up your metabolism therefore promotes your bloodflow and burn calories faster than usual. Those who consume green tea tend to sweat more than usual but the result may vary depending on individuals.

3) Take warm water / food
- Taking warm water or food can help gaster / tummy to digest food faster than usual as drinking cold water could make digestion becomes slower. But in some studies shows that drinking cold water can also helps to improve digestion but as we all know, low temperature can cause fat to froze and this will takes longer for digestion process to takes place. As i said before, depends on individuals.

4) Walk more
- Walk more miles everyday. If you can't jog or run, atleast walk, walk and walk. By walking, your heart pumps more blood and do more work and this will helps to improve your metabolism.

5) Jogging / Running
- Jog is kind of slow running while running is an acceleration process. Indeed if you're capable to jog or run, it would be better than walking because heart pumps blood faster in jogging or running rather than walking.

6) Drinks more water
- Remember to drinks more plain water as this will helps in digestion and metabolism process. Your body loses water during the process and need to be reloaded to keep the process continued.

7) Motivation
- You need to have your motivation like somebody who have a good body to keep you on track in achieving your goals in becoming skinnier person.

This is just some of it, and you yourself know exactly what to do.

midurana

Wednesday, November 27, 2013

bagaimana memikat lelaki

engkorang mesti nak tau sedikit sebanyak macam mana nak pikat lelaki kan. tak, tak ini bukan dengan cara guna minyak senyonyong ke minyak dagu ke minyak cenduai ke apa jadah semua. ni dengan cara biasa-biasa saja tapi kalau korang cuba improve, mana tahu menjadi ke. engkorang teruskan jelah baca okay.

1) Solekan nipis
- solekan nipis ni engkorang paham tak macam mana? aku cakap solekan nipis ni maksud dia, biar nipis dan sederhana tapi nampak segar dan semulajadi. engkorang ingat lelaki suka sangat ke perempuan yang dok mekap lelebih macam badut ni. untuk event event tertentu macam dinner ke anugerah ke apa jadah semua tu boleh terima lagilah kalau engkorang nak mekap tebal tujuh tingkat. tapi kalau dan hal-hal biasa atau harian, sedikit solekan adalah perlu. ini pendapat aku jelah, kalau engkorang tak suka mekap aku nak kata apa lagi kan. sapuan bedak untuk elak wajah nampak terlalu berminyak, secalit warna atau pelembap di bibir, dan jika perlu layangkan garisan celak pada mata.

2) Ceria
- Jadilah seorang yang periang atau ceria. ceria bukan gedik okay. engkorang paham tak ni. ceria ni ikut pemahaman aku, kalau tengok wajah kita je dia dah dapat rasa mood ceria tu. haaaa engkorang paham tak.

3) Murah dengan senyuman
- engkorang janganlah masam mencuka je kerja. cuba murah sikit dengan senyuman. bila pandang orang, biasakan senyum sedikit, bukan meleret woi! bukan jugak senyum gatal. ini senyum formal atau senyum tegas. eh engkorang boleh tangkap tak ni. aku takut tinggi sangat pulak bahasa aku pakai. kakaka eh engkorang tau tak aku terbaca kat mana tah kan, bila kita senyum, secara tak langsung badan kita jugak turut keluarkan  gelombang yang menyenangkan. manalah aku tau nak tengok gelombang tu cemana. kira macam aura jugalah.

4) Wangi
- berbau menarik atau wangi ni kira basic lah. bukan suruh engkorang pakai minyak wangi sebotol ke apa, bukan suruh engkorang curah minyak wangi ke apa, cuma cukuplah bila orang lain dekat dengan engkorang, engkorang berbau menarik. tak menjijikkan sudah lah kan.

5) Sopan
- Rata-rata lelaki, dia gatal cemana pun dia tetap ada sedikit naluri berkenan pada gadis sopan. lantak lah ada yang kata tak setuju ke apa, aku tak kata semua okay. majoritinya lah akan sedikit berkenan pada gadis sopan santun ni. sesuai dibuat bini katanya. kakaka

6) Pintar
- Majoriti lelaki jugak turn on dengan gadis bijak. yelah, biar tak lawa sangat tapi bila bijak, akan nampak lawa automatik. agaknyalah kan. jadi gegadis, kalau nak dapat lelaki bagus, engkorang pun kenalah mantapkan pelajaran dan pekerjaan. sekarang ni zaman lelaki dan perempuan bekerja. engkorang jangan nak fefiling puteri raja sangat. puteri raja pun reti pergi kerja engko tahu. kalau lelaki nak wanita tak bekerja dan jaga anak di rumah tu lain ceritalah kalau dia mampu.

7) Patuh agama
- Majoriti lelaki juga agak berkenan dengan gadis yang menjaga agama dan reti menghormati diri sendiri. Bertudung itu bonus, yang penting solat terjaga. Ye aku faham, ada juga yang solat on-off, ada juga yang tak solat langsung. Tapi sebagai manusia, kita berbalik pada fitrah lah kan. Mesti ada rasa nak bawa diri sendiri ke arah yang lebih baik di dunia untuk akhirat sana. Sebab kita ni bukannya hidup selama-lamanya kan.

8) Manja
- Majoriti lelaki juga mudah cair dengan gadis manja. Mungkin sebab sifat manja ni merangsang dorang untuk ada rasa ingin melindungi wanita kot. Manja tu berpada sikit, nanti jadi gedik jadi jengkel pulak. Aku lempang karang kalau engkorang manja gedik terlentok.

9) Tegas
- Tegas ni bukan kata engko kena garang ke apa, ini menunjukkan engko ada pendirian sendiri lah. bukan tegas tak tentu pasal.

10) Matang
- Gegadis semua, engkorang kena sedar nanti engkorang akan jadi ibu satu hari nanti. Tu pun kalau engko nak kawen dan boleh beranak. kalau tak boleh beranak sebab tertentu pun boleh je jadi ibu dengan amek anak angkat kan. tak, tak isunya bukan anak angkat. isunya, kau akan jadi ibu. jadi matang adalah perlu agar kau mampu pandu keluarga ke arah kematangan dan kebahagiaan. eh apa aku melalut. ah lantaklah.

11) Menarik
- menarik ni luaslah gila. kau kena nampak menarik, kemas dan pendek kata nampak eloklah. biasalah dont judge a book by its cover tapi engko pernah dengar tak first impression sometimes can be the last impression. jadi engkorang fikir sendirilah. ini pendapat aku je. bila engko dah nampak menarik luaran, barulah lelaki teringin nak mengenali dalaman engkorang ye dak.

12) Berpelajaran
- ni kira macam pintar jugalah cuma berpelajaran ni lebih kepada pencapaian akademik. kalau engko lepasan diploma ke ijazah ke master ke phd ke apa apa jelah, itu adalah bonus dan ada kalanya itu merupakan kayu pengukur untuk engkorang cermin diri lelaki yang engkorang nak pikat tu taraf mana. sesuai ke tidak, padan ke tak, setaraf ke tak dengan engkorang.

ini je yang aku dapat fikir setakat ni. kalau ada lagi aku update lain okay.

midurana

Tuesday, November 26, 2013

dunia twitter

hari itu lepas aku putus sama dia,
aku bawa diri ke twitter.
di situ suasana lebih santai.
tidak formal.

jika di facebook ramai betul yang perasan bagus.
aku rasa rigid.

di twitter aku belajar apa itu istilah "twitter crush"
sekurangnya aku tidak angau teruk.
twitter crush aku itu seorang yang mampu buat aku lebih bersemangat untuk mengejar cita-cita dalam hidup.

aku kagum sama dia.
acapkali profile twitternya aku stalk.

yang lebih istimewa itu adalah,
dia tidak tahu bahawa aku crush padanya.
oh indahnya dunia.

midurana

bila nanti aku pergi

Bila nanti aku pergi


Bila nanti sampai waktu
Aku pergi
Kau jangan cari lagi
Teruskan hidup kamu bersama kamu dan kamu
Aku tidak mahu peduli lagi

Bila nanti aku pergi
Kau, kau dan kau jangan sibuk cari
Aku pergi kerana  inginku
Bukan paksaanmu

Bila nanti aku pergi
Jangan kau berani-berani datang tanya
Aku ke mana selama tiada

Kau hanya secebis kenangan
Kau di belakang silamku
Bukan di depan future ke.
Mohon mengerti.


midurana

Monday, November 25, 2013

dah besar pun bergaduh lagi

kau kalau sudah baligh,
tapi masih bercekik serupa anak tok ketua belum sunat,
eloklah kau rasa malu.

marah boleh, terasa itu lumrah
tapi biar bertempat.

marah itu sifatnya selalu saja lari dari rasional,
hilang pertimbangan lantas laju sahaja lidah sendiri membuka aib orang yang dimaki.

hey, kau bukan mulia.
aku juga serupa.
namun kita boleh cuba, 
saat dada berombak amarah
tangan bergetar terlalu gusar
ayuh cuba tenangkan diri lapangkan hati
kerana setiap insan itu,
walau sekeji manapun ia,
dia tetap punya sisi baik.

itu aku percaya.

midurana

i have to write

i have to write.
i really have to write since i need some space to spill all my unspoken thoughts.
i need my private space to spill everything.

so here comes the new brand of me, Midurana. enjoy reading, comments and do follow me if you guys were interested.
so that you people know, i will be writing in two main language which was my broken english and Malay language.

so, enjoy!


midurana