engkorang mesti nak tau sedikit sebanyak macam mana nak pikat lelaki kan. tak, tak ini bukan dengan cara guna minyak senyonyong ke minyak dagu ke minyak cenduai ke apa jadah semua. ni dengan cara biasa-biasa saja tapi kalau korang cuba improve, mana tahu menjadi ke. engkorang teruskan jelah baca okay.
1) Solekan nipis
- solekan nipis ni engkorang paham tak macam mana? aku cakap solekan nipis ni maksud dia, biar nipis dan sederhana tapi nampak segar dan semulajadi. engkorang ingat lelaki suka sangat ke perempuan yang dok mekap lelebih macam badut ni. untuk event event tertentu macam dinner ke anugerah ke apa jadah semua tu boleh terima lagilah kalau engkorang nak mekap tebal tujuh tingkat. tapi kalau dan hal-hal biasa atau harian, sedikit solekan adalah perlu. ini pendapat aku jelah, kalau engkorang tak suka mekap aku nak kata apa lagi kan. sapuan bedak untuk elak wajah nampak terlalu berminyak, secalit warna atau pelembap di bibir, dan jika perlu layangkan garisan celak pada mata.
2) Ceria
- Jadilah seorang yang periang atau ceria. ceria bukan gedik okay. engkorang paham tak ni. ceria ni ikut pemahaman aku, kalau tengok wajah kita je dia dah dapat rasa mood ceria tu. haaaa engkorang paham tak.
3) Murah dengan senyuman
- engkorang janganlah masam mencuka je kerja. cuba murah sikit dengan senyuman. bila pandang orang, biasakan senyum sedikit, bukan meleret woi! bukan jugak senyum gatal. ini senyum formal atau senyum tegas. eh engkorang boleh tangkap tak ni. aku takut tinggi sangat pulak bahasa aku pakai. kakaka eh engkorang tau tak aku terbaca kat mana tah kan, bila kita senyum, secara tak langsung badan kita jugak turut keluarkan gelombang yang menyenangkan. manalah aku tau nak tengok gelombang tu cemana. kira macam aura jugalah.
4) Wangi
- berbau menarik atau wangi ni kira basic lah. bukan suruh engkorang pakai minyak wangi sebotol ke apa, bukan suruh engkorang curah minyak wangi ke apa, cuma cukuplah bila orang lain dekat dengan engkorang, engkorang berbau menarik. tak menjijikkan sudah lah kan.
5) Sopan
- Rata-rata lelaki, dia gatal cemana pun dia tetap ada sedikit naluri berkenan pada gadis sopan. lantak lah ada yang kata tak setuju ke apa, aku tak kata semua okay. majoritinya lah akan sedikit berkenan pada gadis sopan santun ni. sesuai dibuat bini katanya. kakaka
6) Pintar
- Majoriti lelaki jugak turn on dengan gadis bijak. yelah, biar tak lawa sangat tapi bila bijak, akan nampak lawa automatik. agaknyalah kan. jadi gegadis, kalau nak dapat lelaki bagus, engkorang pun kenalah mantapkan pelajaran dan pekerjaan. sekarang ni zaman lelaki dan perempuan bekerja. engkorang jangan nak fefiling puteri raja sangat. puteri raja pun reti pergi kerja engko tahu. kalau lelaki nak wanita tak bekerja dan jaga anak di rumah tu lain ceritalah kalau dia mampu.
7) Patuh agama
- Majoriti lelaki juga agak berkenan dengan gadis yang menjaga agama dan reti menghormati diri sendiri. Bertudung itu bonus, yang penting solat terjaga. Ye aku faham, ada juga yang solat on-off, ada juga yang tak solat langsung. Tapi sebagai manusia, kita berbalik pada fitrah lah kan. Mesti ada rasa nak bawa diri sendiri ke arah yang lebih baik di dunia untuk akhirat sana. Sebab kita ni bukannya hidup selama-lamanya kan.
8) Manja
- Majoriti lelaki juga mudah cair dengan gadis manja. Mungkin sebab sifat manja ni merangsang dorang untuk ada rasa ingin melindungi wanita kot. Manja tu berpada sikit, nanti jadi gedik jadi jengkel pulak. Aku lempang karang kalau engkorang manja gedik terlentok.
9) Tegas
- Tegas ni bukan kata engko kena garang ke apa, ini menunjukkan engko ada pendirian sendiri lah. bukan tegas tak tentu pasal.
10) Matang
- Gegadis semua, engkorang kena sedar nanti engkorang akan jadi ibu satu hari nanti. Tu pun kalau engko nak kawen dan boleh beranak. kalau tak boleh beranak sebab tertentu pun boleh je jadi ibu dengan amek anak angkat kan. tak, tak isunya bukan anak angkat. isunya, kau akan jadi ibu. jadi matang adalah perlu agar kau mampu pandu keluarga ke arah kematangan dan kebahagiaan. eh apa aku melalut. ah lantaklah.
11) Menarik
- menarik ni luaslah gila. kau kena nampak menarik, kemas dan pendek kata nampak eloklah. biasalah dont judge a book by its cover tapi engko pernah dengar tak first impression sometimes can be the last impression. jadi engkorang fikir sendirilah. ini pendapat aku je. bila engko dah nampak menarik luaran, barulah lelaki teringin nak mengenali dalaman engkorang ye dak.
12) Berpelajaran
- ni kira macam pintar jugalah cuma berpelajaran ni lebih kepada pencapaian akademik. kalau engko lepasan diploma ke ijazah ke master ke phd ke apa apa jelah, itu adalah bonus dan ada kalanya itu merupakan kayu pengukur untuk engkorang cermin diri lelaki yang engkorang nak pikat tu taraf mana. sesuai ke tidak, padan ke tak, setaraf ke tak dengan engkorang.
ini je yang aku dapat fikir setakat ni. kalau ada lagi aku update lain okay.
midurana
No komen sbb aku lelaki. nanti ada budak pompuan lalu, harap dia baca la. lol.
ReplyDelete