tapi masih bercekik serupa anak tok ketua belum sunat,
eloklah kau rasa malu.
marah boleh, terasa itu lumrah
tapi biar bertempat.
marah itu sifatnya selalu saja lari dari rasional,
hilang pertimbangan lantas laju sahaja lidah sendiri membuka aib orang yang dimaki.
hey, kau bukan mulia.
aku juga serupa.
namun kita boleh cuba,
saat dada berombak amarah
tangan bergetar terlalu gusar
ayuh cuba tenangkan diri lapangkan hati
kerana setiap insan itu,
walau sekeji manapun ia,
dia tetap punya sisi baik.
itu aku percaya.
midurana
yang ni aku suka, bagai sajak gempita menyuarakan satu perasaan bergolak di dada. terus menulis benda serupa, orang yang kecewa mungkin bangkit semula.
ReplyDelete